Thursday, October 29, 2009

Pertemuan 2 keluarga...

Salam...


Pertemuan 2 keluarga setelah sekian lama tidak bersua muka... hehe..mcm lama benor x jumpa... lebih kurang 7-8 bln ada kot... kira lama la jg... selalu ari2 jumpa..dok sok sek mcm2 benda... tup2 bila dah pindah ni mmg kurang la xtvt sok sek ni... nak tepon mmg boleh, tp bil plak yg melambung... mahu mengamuk plak hubby aku ni...

Yg seronoknye bdk2 la... anak2 aku dan anak2 ilarazali... si hakim, si ad dan si am... diorg ni mmg selalu main sama2... sejak berjauhan ni kurang la jumpa dan main2 lg... bila dah jumpa, main x henti2... lepaskan rindu agaknye... nasib baik time balik x nangis... am siap tido lg kat umah ni... nyenyak plak tu... mcm sedap je tido kat sini... len kali dtg blh tido sini la ye.. ekeke...

aku mls nak citer panjang2... layan jer gmbr yg x seberapa nih...




Rancaknye bersembang... byk citer ye bang...




Posing, jgn x posing... ila, awatif, hanis dan aku...




Bila la plak blh jumpa mcm ni lg.... hope panjang umur jumpa lg...

Wednesday, October 28, 2009

Kisah aurat lagi....

Salam...


KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT


KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
“Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan jangan kamu mendedahkan aurat dan perhiasan kamu kecuali apa yang terzahir.” (an-Nur: 31)

Pengertian khumur (tudung), iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apa yang disebut ‘juyub’ kata jama’ (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitu belahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.

Setiap perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahat hatinya.

Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.

Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir itu adalah : celak dan cincin.

Yang berpendapat seperti ini ialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama Tabien seperti Said bin Jubair, ‘Atha’, Auza’i dan lain-lain.

Bagaimanapun Ummul Mukminin Aisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.

Menurut Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalah haram.

Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri (memakai purdah), demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
“Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya.” (an-Nur: 31)

Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu’minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (paha, betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.

Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk tubuh dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.” (Riwayat Muslim)

Mereka dikatakan berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)‘Bukhtun’ adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.

Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini.

Larangan Nipis

Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma’ binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
“Hai Asma’! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini — sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya.” (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.

Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta’rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)

Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikianlah menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.

Larangan ini datang dari Firman Allah SWT :
“Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit.” (al-Ahzab: 32)

Friday, October 23, 2009

kisahku slps 40 ari berpantang....

Salam...





lama betul x update... sibuk dengan tugasan harian... keje umah menimbun2... anak2 lg... ni br la lapang skit... kebetulan hakim dah habis exam.... lega rasanye... seminggu ni mmg sibuk dok layan hakim je... mlm2 dok wat revison dgn hakim... nasib baik dia nak buat... klu x susah jg... bukan paksa la... just nak ingatkan apa yg dah belajar kat skolah... at least time jwb exam tu dia ingat jg la... x la blur sgt...

Nak citer pasal apa ek?... aku dah x de idea nak story ni... ari ni kebetulan dah 40 ari aku berpantang... klu ikutkan mak aku, mahu 44 ari baru hbs... tapi ada stgh org 40 ari kira dah merdeka la... x tahu la mana yg betul... bg aku 40 ari ke 44 ari ke sama je... yg pasti diri sendiri sudah sembuh... sendiri yg rasa... org lain mmg x blh rasa punya... pepandai sendiri la...klu dah kuat tu kira ok le... esok kira dah merdekala...

kebetulan esok ada jemputan mkn2 kat umah Zainal, pulai indah... hubby kata 'reunion Paka'... TNB Paka atau CUF Kerteh x tahu la... janji org dah jemput.. kena gi jg la... aku ni confius jg nak pegi ke x... klu ikutkan badan ni mmg x brp ok sgt... nak kata sembuh 100% tu, x la kot... lbh kurang 90% je... ada lg rasa sengal2 kat bdn ni... agaknye penangan anak ketiga kot... bdn pun kira expired la... kena tgu lama skit br betul2 pulih sepenuhnye...

alahai, bby nangis plak... tgh sedap dok taip kena stop plak... nak start semula yg leceh ni... idea dah lari... ni tgh dok riba bby ni... dok atas riba br x nangis... klu letak je nangis... sabo je la... saat2 mcm ni la yg menduga betul... nak wat keje pun x senang... aku hanya mampu panjatkan doa agar diberi kekuatan dan kesabaran dlm melaksanakan amanah dr Ilahi...

ni mmg kena stop... hanis dah meragam nak susu... sibuk dok panjat tgh belakang... siap dok tarik baju lg... sabaq ja la...

sekian dulu kisahku buat kali ni.. panjang umur, jumpa lg...

Thursday, October 8, 2009

Sambungan kisah aurat seorang muslimah...

Salam...





Sambungan kisah aurat ari tu... harap2 artikel ini dpt menjelaskan lg mengenai aurat seorang wanita muslim... sama2 la kita renung dan tenung... semoga kita diberi petunjuk dan hidayah dari Ilahi...

1 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya " [RiwayatBukhari dan Muslim]

2 . Kaki ( tumit kaki )
"Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau
mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan " [An-Nuwr 24:31]

a ) menampakkan kaki Goimaalik: ya'gni betis, kerana Rasuwlu-(a)llah S'AWS tak mahu pakaian menyentuh tanah (HARAAM!), kerana jika menyentuh tanah, kain tersebut akan tekena kekotoran.)

b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki


3 . Wangian
"Siapasahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." [Riwayat Nasaii , IbnKhuzaimah dan Hibban]

4 . Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." [An-Nuwr 24:31]

5 . Gigi
"Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya
dikikirkan giginya." [Riwayat At-Thabrani]

"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

6 . Muka dan leher
"Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu
menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu."

a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.


7 . Muka dan Tangan
"Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah: "Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badankecuali pergelangan tangan dan wajah saja." [Riwayat Muslim dan Bukhari]

8 . Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada
menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya " [Riwayat At Tabrani dan Baihaqi]

9 . Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya" [An-Nuwr 24:31]

"Jangansampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan." [Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi]

10 . Mulut ( suara )
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " [Al-Ahzab 33:32]

"Sesungguhnyaakan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain ,iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi "[Riwayat Ibn Majah]

11 . Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina)." [An-Nur24:31]

"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan
Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya ,
maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." [Riwayat Al Bazzar]

"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah
suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." [Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah]

12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan
memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " [Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah]

"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang
berpakaiantapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." [Riwayat Bukhari dan Muslim]

a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu


"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju
labuh dan longgar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .
Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha
penyayang." [Al Ahzab 33:59]

13 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)." [Riwayat Abu DaudFi Fathil Bari]

"Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut, malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan Allah untuknya "

Demikianlah, serba sedikit tentang sebab dan akibat tidak menjaga aurat... mudah2an kita semua dpt memelihara diri kita drpd azab tersebut...

Doa selusuh untuk ibu mengandung....

Salam...

Kepada ibu2 yg sedang mengandung dan menanti detik kelahiran, eloklah amalkan doa dibwh ini bg memudahkan proses besalin... InsyaAllah...





Wanita yang mengandung amat mengharapkan agar dapat melahirkan anak dengan mudah dan selamat. Lalu ada yang berjumpa bomoh untuk meminta air selusuh dan seumpamanya. Perbuatan berjumpa bomoh ini hendaklah dijauhkan apatah lagi ia boleh membawa syirik apabila berubat dengan bomoh yang meminta pertolongan 'makhluk ghaib' dalam melaksanakan perubatan. Sebenarnya, air / minyak selusuh boleh dibuat sendiri atau merujuk kepada pengamal perubatan Islam. Doa yang boleh digunakan untuk membuat selusuh ialah (sila rujuk buku Rawatan Pesakit Menurut al-Quran dan As Sunnah - Prof Dr Haron Din & Dr Amran Kasimin):



i. Surah al-Fatihah
ii. Baca ayat "Lau Anzalna ... akhir" (Surah al-Hasyr)
iii. Solawat Syifa'
iv. Doa berikut: اللهم بِحَقِّ مريم وبِحَقِّ مَنْ أُنْزِلَتْ عَلَيْهِ سورةُ مريم خَفِّفْ عَنْهَا (سبوت نام) آلامها المَخَاض برحمتك يا أرحم الراحمين


Selepas baca doa-doa tersebut, tiup di air yang disediakan (sebaiknya air zam-zam). Air diberi minum seminggu sebelum tarikh jangka kelahiran bayi dan disapukan di perut ibu dari atas ke bawah diserta dengan selawat sebanyak tujuh kali. Air / minyak diminum satu sudu ketika sakit mulai terasa. Bagi ibu yang menghadapi masalah bayi melintang, sapukan air dari perut ke bawah, betulkan kedudukan bayi kemudian diberi minum air.

Wednesday, October 7, 2009

Marilah bersembahyang...

Salam....






Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan solat, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.


Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.


Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.


Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,


Apasal laa aku malas sembahyang,
Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!


Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.


Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

Monday, October 5, 2009

Kisah besday Hakim...

Salam Isnin...



Tanggal 29/09/2009... adalah besday Hakim yg ke-5... dah besar pun anak bujang aku ni...x de wat party pun.. malas la.. lg pun tgh dlm pantang ni, x kuasa la nak msk2... disebabkan dah byk kali dia ckp nak beli besday kek, terpaksala jg belikan dia kek... bdk2 bukan tahu apa pun... janji dia seronok... aku malas nak citer panjang2... layan jer la gmbr kat bwh ni...



Kek besday hakim... beli kat kedai Shikin, Taman Rakyat...




Jam tangan Transformer... hadiah dr abah...



Suke le tu.. dpt jam tangan...



Besday boy tgh nyenyak tido... sabo je la... kwn2 dtg mkn kek, dia wat x tahu jer... belasah tido sampai x sedar2...



Ni plak hadiah besday dr Mak Ani dan kuarga... Tima kasih byk2... nanti giliran kita plak bg hadiah ke Arif....



Antara tetamu yg dtg dan kwn2 hakim yg mkn kek...



Ammar dan Zulaiman tgh mkn kek...




Jajan nak bg kat kwn2 kat skolah...