Friday, November 4, 2011

Assalamualaikum,

Lama sungguh saya menyepi... mohon maaf kepada sesiapa yang menjenguk blog nih.. tader pengisian wat sementara waktu nih..

Puas jgk dok mikir, apa kebenda yg nak coret kat sini.. kebetulan anak sulong baru habis exam, ada la masa free sket...

Sibuk dok cara ke anak2 dgn bisnes yang kecik nih.. mmg wat daku terkejar2.. klu boleh semua koje nak wat dalam satu hari... TAPI mana la cukup kudrat yg ada nih.. dgn masa yg amat2 terhad...

Daku kena manage time betul2.. klu x, mmg ado jer yg lari.. dan ada tugas2 yg tertangguh.. especially koje2 umah yg x penah habis nih... paling bercinta nak uruskan hal2 kain baju... bab2 mencuci boleh setel.. bab2 melipat dan susun dlm gobok, teramatla menduga kewibawaanku... terasa x cukup masa utk laksanakan sebaik mungkin... huhu... (mohon maaf en. somi ye.. daku bukan isteri yg sempurna)...

Tengah dok taip nih, ada plak yg dok kaco... sempat habis ke nih?..ggrrrr.. hanis dgn huda dah panjat kat belakang.... dok sibuk suh buka upin ipin... pastu sibuk dok suh buka painting... hanis nak lukis plak... addoyaiiii.. ni yg wat koje asyik TERtangguh jer... huhu..

Rasa nak kena away dolu... anak2 udah berantakan... lain kali jumpa lagi ye... Klu free2 boleh singgah kedai saya ye... Koleksi T-shirt Muslimah.. Pelbagai Koleksi tshirt muslimah ada kat situ... Boleh pilih design mana yang kenan ye... tshirt kanak2 pon ada jgk ye..

Kepada warga Pontian yang berminat dgn koleksi tshirt muslimah, boleh hubungi saya utk mendapatkannya... Sila sms no telefon yg ada dlm kedai tu ye... Kunjungan anda sangat dia alu2kan dan saya dahulukan dengan ucapan Terima Kasih.. Sudi-sudilah berkunjung!!!....

Saturday, May 21, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Assalamualaikum,

Next week aku agak busy gara2 anak akan menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun.. So, segala xtvt niaga terpaksa dikurangkan.. kepada pembeli2 yg menghantar emel atau sms,saya akan reply ikut masa free saya yer... harap memahami situasi saya yer...

Ni jadual Peperiksaan Pertengah Tahun :-

Isnin (23/5/2011)
8.30 - 9.30 : Bahasa Arab
10.40 - 11.40 : Pendidikan Jasmani/Kesihatan
11.50 - 12.50 : Pend. Seni Visual

Selasa (24/5/2011)
7.40 - 8.40 : Bahasa Melayu
11.45 - 12.45 : Pendidikan Islam

Rabu (25/5/2011)
7.40 - 8.55 : Matematik

Khamis (26/5/2011)
7.40 - 8.55 : Sains
10.30 - 11.30 : Bahasa Inggeris

Lain sket jadual murid2 Tahun 1 ni yer... Especially kat paper Matematik dan Bahasa Inggeris.. Ada satu paper jer.. Murid2 lain ada Paper 1 dan 2... Bahasa Melayu pon sama.. x de paper utk Penulisan dan Pemahaman... Adakah ni silibus baru?.. ikut KSSR?.. Nak kena tanya cikgu2 yg arif la nampaknya...

Hari Jumaat baru dapat jadual.. kelam kabutla nampaknya... byk jgk subjek nak cover nih... huhu..

So, start semalam Hakim dah dikerah oleh en. somi utk wat latihan Matematik.. no more TV...hehe..

Tu la dia.. siang2 aku cakap, wat pekak jer.. malam bapa balik, siapla... kena kerah tenaga la.. ala2 training askar pun yer jgk..hahaha

Nasib ko ler Hakim yer.. Mama dgn Abah dah buat yg terbaik... x nak anak2 terkebelakang drpd yg lain.. so, think posisitf ye...

Byk lagi yg perlu diusahakan... Semoga diberi Kekuatan dan Kesabaran dalam menghadapi tempoh peperiksaan ini...

To Hakim, All the best to you!!! Semoga Allah memberi Petunjuk dan Hidayah dalam menghadapi Peperiksaan ini dan Semoga beroleh Keputusan yang Cemerlang!!!





Sekian,

It's My LIfe...

Tuesday, May 17, 2011

Projek kemas umah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sempena cuti umum ni aku ambil kesempatan untuk mengemas umah mana yang patut.. disebabkan banyak keje umah yang tertunggak dek jadual harian yg amat2 padat.. so, aku mmg nekad ari ni aku mesti setelkan keje yg tertangguh tu...

Kebetulan hubby tgh off day dan anak pon x skolah.. masa yang diperlukan mmg sesuai sbb tader xtvt kuar masuk umah.. selalunya aku tgu hubby off day.. tapinya anak plak skolah... so, masa masih terhad sbb nak kena amik anak dan uruskan anak ke skolah...

Ari ni mmg peluang yg ditunggu2.. so, aku bgn seawal pagi lagi.. dan mulakan keje mengemas from step to step spt yg dirancang... apa yg dikemas ye?...hahaha.. tu la dia.. kabinet bawah kat dapur nih.. klu dah lama x tengok, byk la sawang2nya.. dan lantai kat bawah tuh amatla comotnya..

Haaaa.. tunggu apa lagi.. aku mula kuarkan segala perkakas dapur yg ada dlm kabinet.. mula vakum satu per satu.. pastu amik kain dan lap lantai sekilat2nya.. bila lantai dah kering, aku vakum sekali lagi... pastu baru la susun semula perkakas dapur ke dalam kabinet semula...

Keje2 mengemas berjalan lancar di permulaannya sbb anak2 kecil blm bgn.. tgh dok kuarkan perkakas dapur anak2 dah bgn.. mulalah sibuk nak wat keje jgk.. kebetulan hubby kuar beli sarapan plak... siHuda dgn cepatnya capai sebotol nescafe lalu mencurah ke lantai... AAiiiiyakkk.. keje mama belum siap, ko tambah keje lain plak?.. adoyai.. tanpa berlengah, aku capai tisu dapur dan terus mengelap.. tau2 jer la nescafe klu lmbat sket, mau lekat2 kat lantai tuh... puas jgk la nak mop..huhu



Sikecik yang tuang nescafe ke lantai... "Genius Girl"


Part seterusnya kemas kabinet yg penuh dgn tupperware atau bekas2 plastik.. byknye la bekas2 plastik yg kena buang.. terpaksa buang.. aku x koser nak simpan lagi dah..
makin hari makin menimbun.. anak2 aku plak suka dok amik main plak tuh.. habis umah bersepah... bercintela aku nak ngutip segala benda tuh... pasni hope tader lagi brg2 x perlu kat dapur ni ye.. lotih dah nak kemas..huhu..

Alhamdulilah keje semua setel sblm kol 1 tghr.. aku mmg x msk la... pinggang sakit benor la.. en. somi kuar tapau lunch.. Terima Kasih ye en. somi... Jasamu tetapku kenang...hehe

Lega rasa bila umah dah bersih.. hati rasa tenang (setenang laut di Tanjung Jara).. suka sangat2.. dan yang PASTI boleh cool sket bila anak2 wat peel.. hahaha



Family Day @ Tanjung Jara



Sekian,

It's My Life...

Sunday, May 15, 2011

Selamat Hari Guru...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sempena esok adalah hari Guru, maka saya nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru utk Guru2 di seluruh Malaysia.. Terutama guru yang telah mengajar dan mendidik saya sejak dari Sekolah Tadika hingga ke perigkat Ijazah Sarjanamuda..

Jugak x lupa pada insan2 yg menjadi guru secara x formal dalam memberi tips serta nasihat dalam menjalani idup sebagai Isteri dan Ibu kepada 3 cahayamata... semoga ilmu yang disampaikan menjadi bekalan di akhirat kelak..

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat adik beradik saya serta iparduai saya yg bergelar seorang Guru... antaranya.. Ustaz Azizee, Ustazah Siti Aminah, Ustazah Azimah, Cikgu Siti Hajar, En. Amrul Fazle, Cikgu Siti Norbayah, Cikgu Mohd. Za'im serta Cikgu Nurfasihah (Praktikal). Semoga Allah merahmati usaha kalian dalam mendidik serta memberi ilmu kepada anak2 bangsa.


Sekian,

It's My Life...

Saturday, April 2, 2011

Tips atasi masalah anak memberontak

Assalamualaikum.. Dah lama x menulis.. ari ni terbaca artikel dalam Kosmo.. rasa macam terkena kat diri sendiri..hehe.. so, rasa nak share dengan sesape yang mengalami masalah yang sama dengan saya ye.. hope kita sama2 boleh perbaiki diri kita.. apa yg PASTI ibu bapa perlu konsisten dalam membentuk tabiat dah tingkahlaku anak2.. DAN hendaklah sentiasa bersabah dengan karenah mereka..

(Petikan dari Kosmo) KITA sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini.

Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa.

Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.

Tabiat

Bertanya kepada Profesor Psikiatri, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azhar Mohd. Zain, beliau menjelaskan, gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera.

“Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas. “Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atu rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.

“Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis. “Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Azhar menjelaskan, tabiat kerap menangis atau memberontak untuk mendapatkan sesuatu memang sering digunakan kanak-kanak dalam menarik perhatian orang dewasa.

“Sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tabiat kanak-kanak dengan syarat mesti konsisten. “Sebahagian besar ibu bapa berasa malu jika anak mereka meronta-meronta dan menangis di kedai kerana mahukan sesuatu.

“Tip paling baik, jangan beri apa yang dimahukan ketika mereka menangis atau memberontak, sebaliknya beri apabila mereka berkelakuan baik.


“Ibu bapa juga jangan kalah dengan tangisan kerana jika kita mengalah, itu hanya akan menambahkan galak mereka. “Lama-kelamaan, mereka akan gunakan taktik air mata itu setiap kali permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Sebaik-baiknya bersabarlah dengan kerenah mereka dan jangan berputus asa. Katakan kepada mereka, hajat mereka akan dipenuhi jika berkelakuan baik. “Kerana itu, konsisten sangat penting supaya anak-anak tidak keliru,” jelasnya.

Wanita lebih murung


Kembali meneliti penyelidikan Ramli, antara kesimpulan daripada kajian tersebut ialah di antara lelaki dan perempuan, perempuan lebih berisiko mendapat kemurungan. Golongan yang tidak terkecuali ialah kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan rendah, di kalangan keturunan Cina dan mereka yang terlibat dalam masalah disiplin seperti mencuri dan mengambil alkohol.

“Kemurungan dalam kajian lain sememangnya berkait rapat di kalangan mereka dari sosioekonomi rendah. “Disebabkan tekanan hidup menyebabkan mereka lebih cenderung mendapatnya.

“Mengapa di kalangan keturunan Cina lebih cenderung? Antara spekulasi mengapa kajian ini mendapat keputusan begini kerana masyarakat Cina lebih terbuka menzahirkan tanda-tanda dan perasaan mereka berbanding masyarakat lain,” ulas Ramli.

Menolak tanggapan bahawa semua kanak-kanak yang dilabelkan nakal atau memberontak sebagai memiliki masalah sikap, Ramli mempunyai pandangan tersendiri.

“Jika anak memberontak, jangan lekas menghukum, apalagi terus merotan mereka. Adalah penting ibu bapa dan guru cuba mendekati perasaan mereka mengapa mereka berkelakuan begitu,” katanya

Sekian, It's My Life... Sumber : Kosmo (2 April 2011) By: SITI NOR AFZAN KASIMAN

Wednesday, January 26, 2011

Hujan.... Satu Rahmat? atau Ujian?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Alhamdulillah pagi ni hujan turun membasahi bumi... aku mcm biasa bgn awal pagi utk menguruskan anak yg nak ke sekolah... bab urus anak mmg x de masalah.. cuma anak aku mmg kena urus dr A to Z... semuanya perlu bantuan.. mmg agak letih la.. dari kejut bangun tido sampai la dia siap pakai kasut sekolah.. yg dia wat sendiri cuma MANDI jer.. tu pun kena ketuk pintu bilik air jgk.. time mandi suka berangan.. lambat plak kuarnye.. klu x ketuk lagi la lambat...hehe

Lepas mandi nak kena lap, pakaikan baju n seluar... tali leher, tali pinggang.. stokin pun kdg2 kena sarungkan jgk... aaaiiii.. sabo jer la... ari ni agak kelam kabut sebab puteri yg kedua dah bgn tido.. so, x boleh fokus ke putera sulong tu... sambil uruskan Putera Sulong.. masih perlu monitor Puteri kecil ni... worklod agak tinggi di pagi2 ni..

Dah siap pakai stokin n kasut skolah, aku pon menghantar Putera Sulong ke skolah mcm biasa.. tapi kali ni ditemani Puteri Kecil... tambah plak hujan yg lebat... keter dah banyak di jalanan... uishh.. agak bedar nak drive dlm keadaan yg gelap dan hujan yg lebat... anak kecil di sebelah... mmg riso jer... dlm hati x putus doa minta segalanya berjalan lancar.. Alhmadulillah akhirnya sampai di pintu Gate Skolah..

Hakim turun dengan selamatnye.. aku terpaksa meninggalkan Puteri di dlm keter sbb hujan.. terpaksa hantar hakim sambil bawa beg sekolah yg berat tu... sampai separuh jalan, ALAMAK!!.. duit belanja belum bagi... macam mana boleh lupa ni?.. terpaksa la bergegas ke kereta mencari duit... nasib baik ada duit kecik.. sbb dlm dompetku hanya ado note RM50... panic jgk la..hehe next time kena remind la.. x boleh LUPA lagi.. mmg kelam kabut di buatnye..

Aku parking betul2 depan pintu masuk sekolah tu.. sampai jer pak guard suh parking kat situ sbb hujan... disebabkan insiden tu, maka bersusun la keter kat belakang keter aku... masing2 menunggu giliran nak turunkan anak utk ke sekolah.. Aku minta maaf banyak2 la kepada ibubapa yg terpaksa menunggu agak lama tadi... x terduga benda ni nak jadi... dan terima kasih jgk ke Pak Guard yg memberi kerjasama...

Selepas dah bagi duit belanja, aku pon drive pulang ke rumah.. Alhamdulillah selamat sampai walaupun agak debar memandu dlm keadaan gelap dan hujan... Syukur,semuanya dah selamat... Bila direnungkan, Allah uji sket jer pagi ni dgn HUJAN.. semua urusan, udah kelam kabut.. klu duga yg LEBIH BERAT, mcm mana ye?.. Moga Allah beri petunjuk dan tabahkan hati hambamu yang lemah ini... Ameen..

Sekian,

It's My Life...

Sunday, January 9, 2011

Kisahku di awal 2011..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Lama sungguh tak menulis... minta maaf la kepada pengunjung setia blog ni... ada ke pengunjung setia?... hehe...

Teman lain udah byk kuar n3 utk 2011.. saya pula baru nak bermula.. tapi masih tercari-cari topik apa yg nak disampaikan... masih blur lagi ni.. tapi nak juga menulis, so, saya coretkan je la apa yg terlintas dek minda ni ye...

Sejak kebelakangan saya agak sibuk menguruskan perniagaan online saya.. sebab tu kerja mengupdate blog telah beralih arah ke blog bisnes saya... so, kurangla n3 kat blog ni.. tapi masuk thn 2011 saya akan cuba menulis sekerap mungkin utk blog ni... semoga diberi petunjuk dan kekuatan dari Ilahi...

Nak tahu bisnes apa?.. ni ha.. tshirt muslimah... kepada peminat tshirt muslimah area Pontian, boleh hubungi saya ye... atau layari blog saya http://ilahindhouse.blogspot.com/ atau website http://www.koleksitshirtmuslimah.com/... pomot bisnes plak..hehe..

Lagi satu kesibukan menjelang 2011 adalah menguruskan anak saya yg baru menjejak kaki ke darjah satu.... sekolah pagi dan petang.. so, nak kena hantar dan amik.. ditambah dgn nak uruskan 2 org puteri yg masih perlukan belaian seoang ibu... mmg agak keletihan la...

Rutin harian menjadi agak packed agn kerja2 kuar masuk umah... ditambah dgn kerja2 rutin yg biasa, basuh baju, cuci pinggan, masak, lipat baju dan mcm2 lagi... mmg memerlukam qudrat yg banyak bagi melaksanakan tugas2 nih...

Kdg2 ada jgk yg x sempat nak laksanakan... especially LIPAT BAJU... hehe.. mmg kerja yg selalu ditangguh2.. asyik longgok jer.. sape nak amik baju, carila sendiri dlm longgokan tu ye... teman mmg x sempat udah.. mujurla dpt hubby yg memahami... Thank you ye hubby!!!.. sgt2 memahami kesibukan isteri tersayang... klu x, ado penin2 jgk la nak settle semua keje in one time... mmg konpem x sempat...

saya nak stop sini dolu... len kali sambung citer lagi... hope diberi kekuatan dan kelapangan utk menulis... jumpa lagi ye...

Sekian,

It's My Life...