Wednesday, November 10, 2010

Keputusan Peperiksaan Akhir...

Assalamualaikum dan Salam ceria utuk semua rakan-rakan diluar sana...

Ari ni cuma nak share result finel exam anak sulung saya... Baru 6 tahun... bersekolah di Tadika Bijak Fikir, Taman Saujana, Pontian... Setelah berusaha dan bertawakal, inilah hasilnya...

Bahasa Melayu 90 (A)
Bahasa Inggeris 87 (A)
Bahasa Arab 94 (A)
Matematik 99 (A)
Sains 90 (A)
Pend. Islam/Jawi 79 (B)


Jumlah markah 539/600
Peratus 89.8%
Gred A
Kedudukan 9/17

Komen Guru : Telah menguasai sepenuhnya ke semua subjek dan telah bersedia untuk melangkah ke Tahun 1. Syabas dan tahniah..semoga berjaya.

Antara komen-komen lain :-

1. Komunikasi
a) Bahasa Melayu
Telah menguasai kv+kv/kvk+kv/kvt+kvk.
Interaksi bersama kawan-kawan-mudah mesra, dengan guru - amat baik.
b) Bahasa Inggeris
Reading - excellent
Can identify common objects in the environment
2) kerohanian, Sikap & Nilai
a) Pendidikan Islam
Hafazan surah - boleh menguasai sepenuhnya.
Doa - tidak menguasai sepenuhnya.
Wuduk - menguasai sepenuhnya.
Amalan solat - tidak fokus.
3) Sains & Teknologi
a) Awal Matematik
Telah menguasai pra-nombor, konsep nombor, operasi tambah dan operasi tolak.
b) Awal Sains
Boleh membuat perbandingan dan pengecaman.
4) Perkembangan Fizikal
Perkembangan motor halus - tidak menguasai sepenuhnya.
Perkembangan motor kasar - menguasai sepenuhnya.
5) Kreativiti
Kurang kreatif dan tidak menunjukkan minat.
6) Bahasa Arab
Telah menguasai/menyebut perkataan berdasarkan gambar yang diberi.

Sunday, October 17, 2010

Nak Rezki Murah..Ada petuanya..

Assalamualaikum dan Selamat pagi... alhamdulillah ari ni dapat menulis lagi... nak kongsi mengenai petua murah rezki... disebabkan saya baru je menjalankan perniagaan online ... bagus jugak klu amalkan petua ni... mudah2an Allah murahkan rezki saya... artikel ni saya amik dari Travelog Usahawan Muslim. Marilah sama2 kongsi dan beramal...

PETUA MURAH REZKI

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyak istighfar

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3.Tinggalkan perbuatan dosa

Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi). Mohon diajauhkan dari dosa-dosa.

4.Sentiasa mengingati Allah

Banyak mengingati Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)

5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa

Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah

Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7.Tunaikan hajat orang lain

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8.Banyak berselawat

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9.Buat kebajikan banyak-banyak

Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati,melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10.Berpagi-pagi

Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalin silaturrahim

Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12.Melazimi kekal berwuduk

Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al- Walid)

13.Bersedekah

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hambasekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14.Melazimi solat malam (tahajud)

Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah

15.Melazimi solat Dhuha

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16.Bersyukur kepada Allah

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat- Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu

Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18.Berdoa

Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Bertawakal

Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda:“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.) Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3) Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Dengan perkongsian ini, saya harap ramai usahawan2 muslim diluar sana sentiasa mendekatkan diri dengan Allah dan sentiasa mensyukuri nikmat yg Allah berikan.. Mudah2an kita beroleh berkat dariNya..

Juga ingatan untuk diri saya berniaga bukan untuk keuntungan dunia.. tetapi untuk akhirat jua...

Sekian,

It's My Life...

Saturday, October 16, 2010

Teguran di dalam Islam...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.. dah lama saya x menulis.. hampir 2 bulan... lama betul rasanye... mmg agak sibuk dok melayan kerenah anak2 yg semakin membesar.. macam2 peel la... tambahan lagi saya baru jer nak berkecimpung dalam bisnez online... byk perkara yang perlu di pelajari.. hari2 cuba manfaatkan masa untuk mencari sesuatu yang baru.. mudah2an Allah permudahkan segala urusan dan berkati apa yang saya lakukan...

Disini saya nak kongsi sedikit ilmu mengenai cara menegur dalam Islam... tidak dinafikan dalam melayari rumahtangga kita selalu melakukan kesilapan... memang fitrah manusia tidak dilahirkan sempurna... setiap manusia akan buat silap... so, bagi menegur kesilapan, ada caranya... bukan dengan cara yang beremosi atau melulu jer... bak kata orang "main redah jer".. perlu pikir jugak perasaan dan maruah seorang insan... apatah lagi kalau kita sesama Islam... petikan ni saya qoute dari blog Keluargaku Sayang..

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.

Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,

‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;

‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,

‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’’.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.

Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”

Sekian,

It's My Life...

Saturday, August 21, 2010

Kisah Lobster


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat teman2 diluar sana... alhamdulillah ari ni diberi kesempatan untuk menulis di blog ni...udah lama sepi tanpa berita...

Ni kisah menu berbuka aku semalam... kebetulan hubby cuti..so, mmg tugas dia ke pasar utk membeli barangan dapur... termasuk la barang basah n kering... kat umah ni mmg udah kehabisan stok...

so, nak tgk apa hubby beli?.. ni dia Lobster... pestime aku nak siang lobster... puas jgk dok google mcm mana nak wat dgn lobster ni... nak msk apatah lg... mmg x de idea...


hubby ckp cuci mcm tu jer... pastu belah kat tgh... masak goreng celup tepung je... senang citer... so, aku ikut je la ckp dia... msk lobster grg celup tepung... mmg senang la keje aku... pasni klu beli lagi blh try resepi lain plak...hehe



ni la rupa Lobster Goreng Celup Tepung.. klu tgk ada warna lain tu sbb aku guna 2 tepung... yg kuning2 tu tepung beras... yg coklat tu aku guna tepung Goreng Kentucky..hehe.. apa2 aje la... janji blh makan... bdk2 pon suka.. terutama anakku Hanis, mmg hantu udang... kejap jer habis kat dia...

Sekian je N3 kali nih... jumpa lagi..

Bye...

It's My Life...

Monday, July 12, 2010

Aamalan Yang Tidak Diterima Pada Bulan Ramadhan

Assalamualaikum,

N3 kali ni cuma sekadar renungan buat diriku yang masih mencari sedikit ilmu buat santapan rohani dan jiwa yang kelaparan dan kehausan...

AMALAN YANG TIDAK DITERIMA PADA BULAN RAMADHAN

Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya. Saat itu malam hari raya seperti biasanya Rasulullah S.A.W dan para sahabat membaca Takbir, Tahmid dan Tahlil di Masjidil Haram. Saat sedang bertakbir, tiba- tiba Rasulullah S.A.W keluar dari kelompok dan menepih kearah dinding. Kemudian Rasulullah S.A.W mengangkat kedua tangannya (layaknya orang berdoa) saat itu Rasulullah S.A.W mengatakan amin sampai tiga kali.

Setelah Rasulullah S.A.W mengusapkan kedua tangan diwajahnya (layaknya orang selesai berdoa) para sahabat mendekati dan bertanya, “Ya Rasulullah, apa yang terjadi sehingga engkau mengangkat kedua belah tanganmu sambil mengatakan amin sampai tiga kali?” Jawab Rasulullah S.A.W, “Tadi saya didatangi Jibril dan meminta saya mengaminkan doanya.”

“Apa gerangan doa yang dibacakan Jibril itu ya Rasulullah?” tanya sahabat. Kemudian Rasulullah S.A.W menjawab, “Kalau kalian ingin tahu inilah doa yang disampaikan Jibril dan saya mengaminkan”:

1. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia masih bersalah kepada orang tuanya dan belum dimaafkan?. Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

2. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal ibadah kaum muslimin selama bulan Ramadhan apabila suami isteri masih berselisih dan belum saling memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

3. Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah diterima amal Ibadah kaum Muslimin selama bulan Ramadhan apabila dia dengan tetangga dan kerabatnya masih berselisih dan belum saling Memaafkan.? Rasulullah S.A.W mengatakan Amin.

Demikianlah doa yang dibaca Jibril sehingga Rasulullah S.A.W mengaminkan sampai tiga kali. Namun disini ada 4 Faktor yang membuat doa tersebut pasti dikabulkan Allah iaitu:

1. Yang berdoa Jibril Mahluk yang sejak diciptakan tidak pernah membantah dan berbuat dosa kepada Allah.

2. Yang mengaminkan doa tersebut Muhammad manusia Maksum yang telah diampuni semua dosanya.

3. Tempat berdoa adalah Masjidilharam tempat yang mendapat berkah dari Allah.

4. Waktu berdoa adalah malam aidil fitri iaitu satu diantara sepuluh malam jika kita berdoa langsung di ijabah oleh Allah.

Jadi, jika kita ingin amal ibadah kita di bulan Ramadhan ini diterima Allah, maka hindarilah tiga yang diatas kerana selama tiga persoalan di atas belum diselesaikan maka amal ibadah kita selama bulan Ramadhan masih dipending oleh Allah sampai kita menyelesaikannya.

Sekian sahaja renungan buat kali ini.. semoga beroleh hidayah dan petunjuk dari Ilahi..

Sekian,

It's My Life...

Thursday, July 1, 2010

Citer Masak2...


N3 kali ni aku nak citer menu masakan aku utk ari ni.. terlebih rajin la plak.. dah lama x sepahkan dapur.. tiba2 je mood rajin... so apa lg?..layan la menu2 kat bawah... aku bukannya pakar masak... sekadar mengisi perut anak2 n hubby kira ok la...



Tomyam Ketam - Ni wat version x ada cili api... utk anak2.. tu aku ada campak chicken ball sket... hehe



Sawi Goreng Ikan Masin

Kerapu Tiga Rasa- Ni wat utk aku n hubby sbb tomyam td x pedas... yg ni aku wat pedas sket..


Air Tebu - Air tebu ni aku wat sendiri... ni gara2 ada jiran yg bagi tebu sebatang.. so, aku rajinkan diri aku yg mls nih utk wat air tebu... maka tercipta la Homemade Sugarcane Juices...hehe...

Ha, tunggu apa lagi?.. jemputla makan... Bismillahirrahmanirrahim...

Sekian,

It's My Life...

Friday, June 18, 2010

Pontian-Penang-Pontian-Kota Tinggi-Pontian

Salam...

Wow!! lamanya x update... malas betoila... x de mood... pastu x de xtvt yg menarik nak citer kat sini... minta maaf byk2 la kpd sesiapa yg singgah kat blog nie... tuan umah terAMAT la mls nak update segala citer...

Ni kisah aku sepanjang cuti sekolah.. start cuti skolah, aku telah pulang ke kg halamanku di Kepala Batas, Pulau Pinang... lama jgk lepak kat penang.. ada la dlm seminggu... aku balik gara2 adik aku nak bertunang... Majlis berlangsung ari Ahad (13 Jun 2010).. Alhamdulillah udah selamat semuanya...

Balik kampung kali ni mmg menyeronokkan... kebetulan musim buah2an... mangis, rambutan dan durian... sesuai la dgn hubby aku yg kaki durian... dpt mkn durian mahal dr Balik Pulau secara percuma... apa lg?.. mkn, jgn x mkn... mmg rezki la balik kg kali ni... tima kasih kpd insan yg bg durian.. Semoga Allah murahkan rezki...

Aku pulang ke Pontian ari Isnin mlm... sampai Pontian kol 5.45pg... selesai solat subuh, semua pakat2 tido... pastu bgn siap2 balik Kota Tinggi plak... rasa mcm zamn x de anak jer... main balik ikut suka jer... letih jgn ckp la... mau nak tercabut pinggang2... ingat dekat ke Penang to Pontian?... long journey tau... nasib baik bdk2 sihat walafiat... klu x, aku la insan yg paling parah...

Aku stay kat Kota Tinggi kejap jer... tido satu mlm jer... esoknya dah bertolak balik ke Pontian... Maka bermulalah xtvt mendobi baju yg menimbun2... sampai ari ni pun masih ado lg... sabo je la... nak kena settle gak ari ni... ari Ahad aku akan bertolak ke KL plak, gara2 hubby ada kusus.... org ajak, x kan nak tolak plak kan?... follow aje la... janji blh jln2...hehe..

Ok la dolu... len kali plak citer lg.. udah kering idea...

Sekian,

It's My Life...

Thursday, May 6, 2010

Lawatan ke Pej. Pos 'n' Perpustakaan Awam


Salam...

Udah bersawang umah aku nih... penat jgk la dok sapu... tebal plak tu...hehe.. akibat virus 'M' spt yg dinyatakan oleh cik Wanie, kian menular dlm tubuhku...x dpt la x buat apa2...

Ni kisah Sekolah Tadika Bijak Fikir yang buat Lawatan sambil belajar ke Pejabat Pos Pontian dan Perpustakaan Awam Pontian... Lawatan ni dibuat pada 5 Mei 2010... semalam punya citer la ni... Di sebabkan hubby bawa gi sarapan kat sebelah pejabat pos, sempat jgk la hubby snap bbrp gambo...

Masa sampai tu kebetulan, bdk2 nih pun baru sampai dekat pej pos... tu yg sempat snap gambo bdk2 nih sblm masuk pej pos... Apa2 pun layan la gambo ni...ada gambo kat pej pos jer... yg dlm library mmg x sempat la... hubby keje mlm, mana ada nak tgu lama2.... sibuk nak blk ZZzzzzzz...hehe


Di depan Pejabat Pos Pontian...




It's me!!!..Hakim...



Suasana di dlm Pej.Pos...



Hanis bersama murid2 TBF...

Antara aktiviti yg dijalankan semasa lawatan ke Pej.Pos:-

1) Membeli setem
2) Melekatkan setem di sampul surat
3) Mengepos surat dalam peti pos

Sekian sahaja kisah buat kali ni... harap2 lepas ni virus 'M' akan lenyap dr tubuhku...hehe..

Sekian,

It's My Life...

Wednesday, March 31, 2010

Cuti2 di Club Med Cherating...

Salam...

Family Day at Club Med Cherating 26-28 Mac 2010... aku malas nak citer panjang2... layanla gambo2 nie... Happy viewing...hehe...




Mula2 sampai dia tunjuk sampul surat ni..sambil tanya "Is it your name here?" hubby angguk je... hehe..

Suasana sekitar Club Med...

Bilik hotel...

Yg nampak tu adalah Madura SPA....


Depan kolam mandi...


Enjoy gambar santai2 di kolam dan laut...









Sesi makan2 di Club Med...












Sesi minum petang...

Kentang goreng n nugget wif sos tomato n mayonis...

Apple Crumble wif Vanilla sos

Enjoy the show...



Beramah mesra sebelum pulang ke Pontian...

Ok, bye-bye...

Sekian,

It's My Life...

Tuesday, March 30, 2010

Shaken Baby Syndrome

Salam...

Ari ni nak kongsi skit info tentang Shaken Baby Syndrome...dapat email dari hubby...klu nak tahu lebih lanjut boleh baca sampai habis... good information... mana tau takut terkena kat diri sendiri... minta dijauhkan la ye...hehe...bukan senang nak dapatkan seorang anak... penat dok mengandung 9 bln...pastu terpaksa menahan sakit untuk melahirkan... takan la nak biarkan dia "pergi" mcm tu jer... x berbaloikan?... fikir2 dan renung2kanlah...

(cerita daripada pengalaman)
Pesakit terakhir yang kami 'tidurkan' ialah bayi berusia 4 bulan.
Bayi tersebut telah disyaki mendapat sawan pada pukul 2 petang tadi. Beliau sebelum ini sihat dan dijaga oleh pengasuh. Beliau tidak demam dan tidak batuk serta tidak mempunyai simptom-simptom yang lain.. Itulah kali pertama beliau mendapat sawan.

Sesampai di resus room (red zone), beliau masih lagi kelihatan mengantuk dan kurang responsif. Beliau kelihatan pucat dan apa yang menakutkan kami ialah ubun-ubun depan beliau yang timbul dan mencembung (bulging). Memandangkan beliau tidak demam dan ujian menunjukkan beliau kurang darah (Hb 8g/dl), serta bayi tersebut masih kurang responsif selepas satu jam sawan, kami mengambil keputusan untuk melakukan CT scan otak ( Brain CT Scan).

Scan otak menunjukkan beliau mengalami pendarahan otak yang serius, Acute and Chronic Subdural Bleed with Subarachnoid bleed! Terkejut. Kali ini ibu bayi tersebut telah pun selamat tiba dari pejabatnya. Saya bertanyakan lagi sejarah kesihatan bayi tersebut. Satu-satunya cerita atau sejarah yang relevan ialah pengasuh bayi tersebut suka menimangnya tinggi-tinggi. Bayi itu dikatakan sangat suka ditimang.




SHAKEN BABY SYNDROME (SBS) by Health Info

SBS merupakan kecederaan otak bayi disebabkan goncangan atau pergerakan kepala yang kuat. Boleh berlaku dalam tempoh sesingkat 5 saat pergerakan yang kuat. Kecederaan yang serius boleh menyebabkan kecacatan otak yang lama, serius dan kekal pada bayi.. Ianya berlaku apabila kepala bayi digoncang atau dihentak dengan objek walaupun objek lembut seperti bantal. Ada teori mengaitkan dengan pergerakan seperti menimang bayi, menaiki buaian serta memegang bayi ketika seseorang sedang marah atau bergaduh boleh menyebab berlakunya SBS. Sebab lain ialah penderaan bayi (child abuse) dan selalunya mempunyai kesan-kesan penderaan yang lain.

Perkara ini berlaku kerana kepala bayi mempunyai nisbah yang lebih besar berbanding badan mereka, leher yang lemah dan struktur otak yang masih belum matang serta lebih kandungan air berbanding orang dewasa.

Amalan menimang atau menggoncang sering dilakukan oleh penjaga terutama bila bayi tidak mahu berhenti menangis. Ada yang menimang bayi kerana untuk menenangkan bayi dan ada juga melakukannya ketika marah atau penat menjaga bayi.....( occupational stress ).

Ini bukanlah kes SBS pertama yang saya rawat. Sebelum ini saya juga pernah merawat seorang bayi di wad kanak-kanak yang mempunyai kecederaan otak yang serius dikhuatiri berpunca daripada menaiki buaian.

PENCEGAHAN

1. Jangan sesekali menggoncang bayi anda ketika marah atau untuk bermain.
2. Jangan memegang bayi anda ketika marah.
3. Jikalau anda tidak dapat menenangkan bayi anda, lebih baik anda tinggalkan bayi
anda untuk sementara waktu di dalam katil bayi atau kepada orang lain.
4. Minta bantuan orang lain.

Maka, saya sangat berharap agar ibu bapa dan penjaga semua dapat mengambil serius dan peka tentang Baby Shaken Syndrome ini. Ianya bukanlah kes terpencil malah di Amerika Syarikat sebanyak 1500 kes dilaporkan setiap tahun. Mereka juga telah mengharamkan sebarang bentuk alat menggoncang bayi seperti buaian.


Sekian,

It's My Life...

Thursday, March 25, 2010

Kecewa!!..TAPI perlu bersyukur...

Salam...
Apa yg nak diciterkan dengan tajuk diatas ye?.. siapa yg kecewa?...aku, anak2 atau hubby?...mmg satu persoalan...haha... actually aku yang agak kecewa dgn keputusan Ujian Penilaian Prestasi Pertama 2010... hakim baru je bawa balik keputusan dan kertas jawapan...
belek punya belek...ada jgk yg dia salah jawab...tension betul la...Nak tahu apa keputusannya?..Ni dia...

Bahasa Melayu 84% (A)
Bahasa Inggeris 90% (A)
Matematik 84% (A)
Pend.Islam/Jawi 74% (B)
Bahasa Arab 100% (A)
Sains 88% (A)

Jumlah Markah : 520/600
Peratus Markah :86.6%
Kedudukan dalam kelas :13/17

Komen Guru: Kurang tumpuan dalam kelas ( sewaktu guru mengajar) serta lemah darisegi penulisan. Teruskan usaha dan rajin belajar untuk kejayaan akan datang.

Apa2 pun aku bersyukur la jugak... at least hakim x tergolong dalam kategori yang lemah sangat... cuma perlukan byk latihan untuk memantapkan diri setanding dengan yg lain2 tu... anak sapa la yg dpt no.1 tuh... mmg semua dpt 100% agaknye... soalan ujian ni, mmg agak susah jgk bg pendapat aku la..klu nak banding dgn soalan ujian dia tahun lepas... mungkin bdk2 kelas dia ni mmg genius2 kot.... tu yg no. kebelakang je... tapi klu tengok dr segi A nye, byk jgk la...5A 1B...hehe...

Anyway Tahniah la utk hakim dan diriKU sendiri... aku yg penat dok wat latihan dgn dia... letih gak dok create soalan kat dia... ada pusing jgk la kepala nih... dan inilah hasil yg kudapat setelah bertungkus lumus bersama Hakim sepanjang minggu ujian....

Doa2kan Hakim akan lebih rajin belajar dan sentiasa tumpu perhatian terhadap apa yg cikgu ajar... dan sentiasa beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.. Aminn...
Sekian,

Its My Life...

Wednesday, March 24, 2010

Syoknya masak...

Salam...


Nak citer pasal menu makan semalam...aku masak sehari sekali je...menu tengahari merangkap malam sekali... senang citer... bukan malas, tp jimat masa, tenaga dan segalanya... hehe... layan la gambo masakan yg x seberapa tuh... janji perut org2 kat umah ni kenyang...haha..



Ayam oreng wif buncis...untuk aku 'n' hubby...




Sup ayam wif kentang 'n' carrot...untuk kanak2 di rumah ni..




Ni menu 2 ari Isnin ari tu... ada udang je dlm esbok... oleh kerana udah sampai buku masakan Senangnye Memasak Bersama Hanieliza, aku pun dok belek2 buku kecik tu... pastu decide masak udang berempah.. senang je... main campak2 je.. dlm buku tu K.Hnieliza guna sotong.. so, aku tukar la dgn udang yg ado ni.. hehe... sedap, cuba jgn x cuba..resepi?..pi beli buku la...haha




Ni pun menu ntah biler2 punya... saja rajin dok sepahkan dapurku yg mmg dah sepah...haha..Puding Roti Marbel..pes time aku wat... ok je rasanye... tp yg coklat tu ada kurang skit.. sbb terlebih serbuk koko...ada rasa pahit skit...hehe...len kali leh try lagi..



Zoomm skit... aku x pandai nak marbel cantik2...layan je la ek...

Sekian,

It's My Life...

Friday, March 12, 2010

Kisah Hakim...

Salam,




Ni gambo hakim sebelum pegi sekolah untuk sambutan Maulidur Rasul... semangat bangun pagi nak gi sekolah... asyik cakap cikgu suruh pakai baju raya... tu la budak2... suka benor... sampin tu baru je beli...yg sebelum ni udah kecik...




yg ni plak gambo selepas balik dr sekolah... tu tengok dah bawa balik piala... mcm bagus je... piala cenderahati sempena Maulidur Rasul...

sebenarnya sekolah dia ada buat pertandingan menghafal Surah Al-Fatihah dan Surah An-Nas...pastu kena plak hafal doa masuk dan kuar tandas... ni mmg acara untuk budak2 6 tahun... yg sedihnya Hakim langsung x baca bila cikgu suruh baca... ada plak dia jwb Hakim x tahu...sabo je la... itulah anakku...susahnye bila disuruh membaca ayat2 suci Al-Quran... harap2 bila besar nanti boleh baca dgn lancar dan sempurna...Aminnn..



Sekian,

It's My Life...

Thursday, March 4, 2010

Hakim n giginya....

Salam....


Gigi anak aku hakim udah lama goyang... lebih kurang 3 minggu kot... tp bila aku ckp kat hubby, dia wat x tahu je... cuma suh aku cabut sendiri klu boleh... hjg minggu ari tu aku tgk semula giginya... alih2 dah tumbuh gigi baru... alahai... sengetla gigi anak aku... nak bw gi klinik, ramai plak rakyat nak kena bw... so, kna tgu hubby off br blh gi klinik...

time hubby off, sekali lg aku ingatkan hubby suh bw hakim gi klinik... so, bila ptg hubby pun bw hakim ke klinik... hubby citer hakim dgn machonye masuk bilik dr... x de nangis2 pun... aku mcm x percaya... anak aku ni selalunye penakut... klu gi klinik asyik melalak je... nasib baik kali ni dia ok...selamat la... udah cabut gigi 2 batang for RM20...



tengoklah gigi hakim, udah hilang 2 batang...




Sekian,


It's My Life...

Minum petang...

Salam....


Minum petang semalam, cendol pulut dengan roti john... hhmmm sedapnyer... dah lama x pekena cendol... mmg yummy.... kena plak dgn cuaca panas2 nih...mmg marveles la... sempat amik gambo cendol je... roti john malas nak interprem... ni pun request by mak buyung ilarazali.... klu x, x denye nak interprem... hehe... layan la gambo yg x seberapa nih... makan kat umah... cendol udah cair....









Sekian,


It's My Life...

Wednesday, March 3, 2010

Suatu ketika dolu...

Salam...


Suatu ketika dolu... umah aku tgh renovate... pecah sana sini... SEBENORnye, bukan umah yg aku nak highlight, cuba tgk gambo kanak2 ribena tuh... dolu2 slim, rendah, kecik, pendek, ketot...dan apa2 aje la...

BUT now... kanak2 ni dah semakin besar, tinggi, gemok, panjang....n lalala...

aku mls nak bebel panjang, layan la gambo nih... anak sapa la ni?...hahaha..























Sekian,


It's My Life...

Monday, March 1, 2010

Majalah Aulad...

Salam...






Majalah berkonsep Islam yang mendidik kanak-kanak ke arah pembentukan jati diri, keluhuran budi pekerti dan kecergasan minda. Dipersiapkan oleh para pendidik yang mengenali dunia kanak-kanak. Majalah AULAD sangat sesuai sebagai bahan bacaan tambahan di tadika dan di rumah

Untuk pengetahuan semua, majalah ni memangg bagus untuk kanak2 berumur 4-6 tahun... kira sesuai untuk kanak2 Tadika... pengisian yang menarik... ditambah lagi dengan gambar yang berwarna-warni...

Banyak ilmu yg boleh diperolehi drpd majalah ni... bukan setakat anak2 je... ibu bapa pun boleh mendapatkan ilmu dr majalah ni... x rugi memilikinya... dengan hanya RM3.oo... pelbagai ilmu boleh dipelajari...

Aku sendiri telah melanggan majalah ni sejak tahun lepas utk anak aku... mmg berbaloi la... byk perkara yg blh dipelajari... anak aku pun suka... byk latihan didlm tu... dia mmg suka menjawab soalan2 latihan yg disediakan... kira mmg enjoy la...

So, tunggu apa lg?... dapatkan segera majalah Aulad di sini... jgn ketinggalan... sesungguhnya Ilmu Itu Pelita Hidup...

Sekian,


It's My Life...

Sunday, February 28, 2010

Don't give up!!

Salam....





Ya Allah! kau kuatkanlah semangatku...sesungguhnya padammu aku memohon pertolongan... kadang2 aku rasa putus asa dengan apa yang telah aku usahakan... aku telah berusaha bersungguh2... sedangkan hasil yg ku dapat tidak la sebaik mana...

adakah aku perlu berhenti berusaha?.. oh tidak!.. katakan tidak!... aku perlu bersemangat dlm usaha menjadikan anak2 aku cemerlang, gemilang dan terbilang... bukan satu usaha yg mudah... perlu kuat semangat... x boleh pututs asa... usaha dan terus berusaha...

so... please mama,... don't give up!... anak2 mu perlukan semangat daripada mu... jgn mudah mengalah... usaha selagi terdaya.... mudah2an Allah berkati usahaku ini...

to papa, please understand my situations... tubuhku yg lemah longlai terpaksa melaksanakan pelbagai tggjwb... bukan sekadar basuh baju, cuci pinggan, masak... malah sentiasa mengawasi dan menjaga anak2... tambah lagi dlm usaha mengajar dan mendidik anak2.... bukan satu tugas yg mudah... byk perkara perlu difikirkan.... harap papa mengerti... BUKAN harta yg kupinta... cuma sedikit perhargaan dan perghormatan buat diriku seorang WANITA....
(laki bc ke?...erkkk @#$%*&)

Sekian,


It's My Life

Tuesday, February 23, 2010

Kerisik AsLi Mak Lang...

Salam...









Kerisik Asli Mak Lang, hasil air tangan bondaku... buatan orang kampung... tanpa bahan pengawet... semuanya menggunakan kaedah tradisional... tanpa bantuan alatan mesin... dan pastinya HALAL LAGI SUCI... tidak SYAK lagi....



Harganya, seperti tertera dibawah :-

a) 1 kotak (110gm) RM1.60

b) 2 kotak RM3.00

c) 10 kotak dan seterusnya... harga blh dirunding...







Kepada sesiapa yg berminat sila hubungi Mr. Hairol Kamaruddin (0125062880)

Bagi pembeli sekitar daerah Pontian, kos penghantaran adalah percuma...


"Bersama la kita martabatkan barangan buatan Malaysia serta jauhkan diri daripada perkara2 yang syubhah"