Monday, August 31, 2009

Salam Merdeka...

Salam ari Isnin...


Dah lama x bebel kat sini... kebetulan ari ni ari merdeka... so, aku nak amik kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke-52 kpd semua warga Malaysia di luar sana...semoga negara kita berada dlm keadaan aman dan sejahtera...

Dan lagi satu peristiwa yg paling berharga buat diriku sempena 31 Ogos ni, besday my hubby... mmg x lupa punya... Happy Besday Papa!!!... mama doakan papa panjang umur, murah rezki dan sentiasa sukses dlm idup... dan mama jg berharap agar papa blh jd abah dan suami yg soleh dan beriman...Aminn

Hadiah?... x de kot... nak tempah kek malas plak... nak msk?.. lg la mls... dah tanya nak mkn apa... tp my hubby ckp x payh susah2... tu yg wat aku lg syg tu... my hubby mmg jenis sempoi "n" simpel.. x suka nyusahkan wife dia... hehehe...thank's ye papa...kerana memahami keadaan mama yg tgh sarat nih...klu nak hadiah tgu baby kuar le kot... tu kira hadiah paling berharga tu... bkn senang nak dpt... lg pun, bukan sekadar hadiah, tp satu anugerah dr Ilahi... dan kita patut syukuri dgn anugerah yg tidak ternilai ni... perlu pegang amanah ni dgn penuh tggjwb...

Sekian dulu wat kali ni... jumpa lg lain n3...byee...

Friday, August 21, 2009

Ahlan Ya Ramadhan...

Salam Jumaat...



Kepada semua rakan2, sanak saudara, dan semua umat Islam, diucapkan Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak... semoga dengan kehadiran Ramadhan kali ini kita sama2 berusaha menjalankan ibadah puasa kita disamping meningkatkan lagi ibadah lain bg mendekatkan diri kita dgn Allah s.w.t... mudah2an usaha kita sentiasa diberkati olehNYa...

Aku berdoa agar Allah sentiasa berikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah puasa ini dengan mudah, tanpa sebarang halangan.... mudah2an aku dpt menjalankan ibadah puasan ini dgn sempurna sepanjang bln yg mulia ini... Aminnn...

Tuesday, August 18, 2009

AURAT SEORANG MUSLIMAH

Salam selasa....

Hari ni aku nak kongsi sedikit ilmu dengan pembaca2 blog ni... ilmu ni dah selalu kita dgr, tp kdg2 kita selalu alpa... so, sempena kehadiran Ramadhan yg mulia ini marilah sama2 kita perbetulakn diri kita bg mendekatkan diri kita dgn Allh s.w.t...mudah2an usaha kita sentiasa diberkati olehNya...


Menutup Aurat

Wanita diwajibkan menutup auratnya daripada terdedah kepada orang yg bukan mahramnya. Meskipun hari perkahwinan merupakan hari yg paling membahagiakan bagi seorang wanita, ini tidak bermakna mereka boleh sesuka hati menunjukkan auratnya.

Aurat dengan lelaki asing

Menurut pendapat ulama mazhab Syafi'i dan mazhab Hambali, aurat wanita dengan lelaki asing ialah seluruh tubuh badan termasuk muka dan tangan. Mereka memberikan hujah berdasarkan potongan dalam surah al-Nur ayat 31 yg bermaksud :

Maksudnya : Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka.


Ayat dalam surah al-Nur ini mengharamkan wanita menampakkan perhiasan sama ada yg asli seperti muka ataupun perhiasan buatan seperti gelang atau rantai.

Menurut ulama mazhab Maliki dan mazhab Hanafi, aurat wanita dengan lelaki asing atau ajnabi ialah keseluruhan badan kecuali kedua-dua tangan dari hujung jari hingga pergelangan tangan. Mereka memberikan hujah daripada potongan ayat 31dalam surah al-Nur :

Maksudnya: Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang (biasa) nampak daripadanya.

Ayat ini megecualikan apa yg sepatutnya diperlihatkan atas sebab yg tertentu spt muka dan tapak tangan.


Aurat dengan mahram

Aurat wanita yg perlu ditutup drpd pandangan mahramnya ialah di antara pusat dan lutut. Aurat ini jg termasuk di kalangan wanita sesama Islam. Berdasarkan pendapat ulama mazhab Maliki, aurat wanita terhadap mahramnya yg lelaki ialah seluruh tubuhnya kecuali muka, leher,kepala,dua tangan termasuk telapak tangan dan betis.

Kelonggaran ini bertujuan menjaga hubungan kekeluargaan dan bg mengelakkan drpd berlakunya fitnah sesama keluarga. Bagi suami pula, dia dibolehkan untuk melihat seluruh tubuh isterinya.

Aurat dengan perempuan bukan Muslim

Terdapat perselisihan pendapat antara para ulama berkaitan batas aurat antara wanita Muslim dengan bukan Muslim. Imam al-Qurtubi berpendapat, wanita Muslim tidak boleh memperlihatkan anggota badannya kpd wanita bukan Muslim.

Manakala Imam Fakhrul Razi berpendapat wanita Islam sama dengan wanita Yahudi dan Nasrani. Jadi, mereka boleh melihat aurat wanita Muslim kecuali di antara pusat dan lutut.



Artikel ini petikan dr buku Hadiah Buat Muslimah, karangan Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ida Ezyani Othman.

Sunday, August 16, 2009

Thank's a lot...

Salam Ahad...

Dah lama x update ini blog la... kekeringan idea tul... ari ni pun mmg x de idea jg.. tp sesaje jer nak meriahkan blog nih...klu ikutkan hati mmg malas jer nak interfrem dlm blog ni... x de yg menarik nak dikongsikan..

Apa2 pun aku nak ucap ribuan terima kash bebanyak kat ilarazali sbb sudi bg aku rasa acar buah mama zalizan yg sedap itu... pastu lg satu terima kasih bebanyak la dah bg bj kat anak dara kita Si Hanis yg comei itu... hehehe.. murah le rezeki cik ila di bln yg mulia ini.. semoga bertambahla rezeki cik ila kita di hari2 yg akan dtg...
Aminnn...

sekian dulu kisah ku wat kali ni... gambr x sempat nak snap... lg pun aku kurang skit bab2 amik gmbr ni...klu betul2 free br blh amik... klu x mmg malas benor la... x rajin macm org lain... klu ada gmbr nanti aku masuk next entry...ok..bye..

Thursday, August 6, 2009

my family...

x de apa yg menarik ttg diri ini... seorang suri rumah dah ibu kepada 2 org cahaya mata... one boy and one girl... one more girl will be coming soon... anak sulong Muhammad hakim, umur 5 thn... yg no 2 ni Hanis Awfa, umur 1thn stgh... hari2 dok mengadap diorg jer... hakim sibuk dgn h/worknye... hanis sibuk dgn explorenye... x henti2 nak explore benda br... mudah2an diorg jd anak yg soleh dan beriman....