Sunday, February 28, 2010

Don't give up!!

Salam....





Ya Allah! kau kuatkanlah semangatku...sesungguhnya padammu aku memohon pertolongan... kadang2 aku rasa putus asa dengan apa yang telah aku usahakan... aku telah berusaha bersungguh2... sedangkan hasil yg ku dapat tidak la sebaik mana...

adakah aku perlu berhenti berusaha?.. oh tidak!.. katakan tidak!... aku perlu bersemangat dlm usaha menjadikan anak2 aku cemerlang, gemilang dan terbilang... bukan satu usaha yg mudah... perlu kuat semangat... x boleh pututs asa... usaha dan terus berusaha...

so... please mama,... don't give up!... anak2 mu perlukan semangat daripada mu... jgn mudah mengalah... usaha selagi terdaya.... mudah2an Allah berkati usahaku ini...

to papa, please understand my situations... tubuhku yg lemah longlai terpaksa melaksanakan pelbagai tggjwb... bukan sekadar basuh baju, cuci pinggan, masak... malah sentiasa mengawasi dan menjaga anak2... tambah lagi dlm usaha mengajar dan mendidik anak2.... bukan satu tugas yg mudah... byk perkara perlu difikirkan.... harap papa mengerti... BUKAN harta yg kupinta... cuma sedikit perhargaan dan perghormatan buat diriku seorang WANITA....
(laki bc ke?...erkkk @#$%*&)

Sekian,


It's My Life

Tuesday, February 23, 2010

Kerisik AsLi Mak Lang...

Salam...









Kerisik Asli Mak Lang, hasil air tangan bondaku... buatan orang kampung... tanpa bahan pengawet... semuanya menggunakan kaedah tradisional... tanpa bantuan alatan mesin... dan pastinya HALAL LAGI SUCI... tidak SYAK lagi....



Harganya, seperti tertera dibawah :-

a) 1 kotak (110gm) RM1.60

b) 2 kotak RM3.00

c) 10 kotak dan seterusnya... harga blh dirunding...







Kepada sesiapa yg berminat sila hubungi Mr. Hairol Kamaruddin (0125062880)

Bagi pembeli sekitar daerah Pontian, kos penghantaran adalah percuma...


"Bersama la kita martabatkan barangan buatan Malaysia serta jauhkan diri daripada perkara2 yang syubhah"













Friday, February 19, 2010

Kisah balik kampung...

Salam...

Aku x tau la nak citer macam mana... as per request by cik Ila, aku terpaksa perahkan otak aku yg ketandusan idea nih... minta maaf banyak2 le klu ayat aku tidak tersusun rapi... hehe...

Actually, aku balik Penang gara2 ada jemputan kenduri kahwin umah bapa sedara aku... kiranye sepupu akula kawin... anak sulong tu... kenduri besar la jgk... sembelih 2 ekor lembu... jemputan lebih kurang 3000 org... mmg ramai la jemputan yg datang...

Aku bertolak dr Pontian jam 10.00 mlm... mcm biasa la travel mlm2... sampai penang dlm kol 5.30pg mcm tu... pastu sibuk dok angkat brg2 masuk dlm umah... siap dlm kol 6.00 pg... ingatkan subuh awai... rupanye sekarang subuh lambat... 6.20 br masuk waktu... sabo je la... x blhla nak gi tidur... tgu kejap smpai masuk waktu subuh... lepas solat subuh br lah blh ZZZZZZZ... ermmmm, lega rasanye...

Tapi x tahan dgn anak2 aku nih... Hakim dgn Hanis bukannya nak tido... main sampai ke siang hari... sabo je la... aku sempat tido sekejap je... pastu dah bgn nak settlekan anak2 aku nih... mandi, makan dan segala2nye.... mmg letih la...

Dalam pukul 12.00tghr aku dan hubby siap2 nak gi kenduri umah bapa sedara aku... dekat je umahnye... jln kaki je... antara lauk apuk yg dihidang, Gulai Daging dgn kentang, Jelatah, Ayam Golek, Daginng masak pesamah dan buah oren... tu menu utk tghr... ptg plak ada bihun sup, laksa dan bubur kacang... kena plak dgn teh tarik... perghhhh... mmg kaw kaw la...ekeke.... mau naik sekilo mcm ni...hehehe...

Lepas attend kenduri ni aku blk umah... x tahan sbb cuasu panas sgt... kebetulan anak2 dah mengantuk... rehat kejap jer... dah siap solat jamak zohor dgn asar, kami sekuarga bertolak ke Dewan Yayasan Budi Penyayang... ada satu lg jemputan kawin... staff malakoff... tpt ni x jauh dgn umah aku... dlm 5-10 minit je... sampai je kat situ, abg ghani sekuarga dah menunggu... apa lg?... terus masuk dewan, belasah la apa yg ada... nasi putih, nasi minyak, daging masak kurma, ayam masak merah, air asam dan buah oren... bubur kacang dgn laksa penang pun ado... meh la jemput mkn... hehe... sape2 yg tgh kebulur, mmg sedap la mkn... air asam dia mmg maveles la...(x caya, tanya k.wan..hikhik) dek kerana air asam yg sedap ni la aku terpaksa mkn nasi lg satu pinggan... klu x, kempunan la....x sia2 la aku gi kenduri nih... hehe... mmg terbyg2 air asam sblm blk kg... akhirnya tertunaila hajat dihati...ekekeke....


Usai makan kenduri, abg ghani dah kuarga request nak jln2 kat Pulau Pinang... so, aku dok bincang dgn hubby nak bw gi mana?... I'm not a good tourist guide... hehe... aku bukan anak Pulau.. aku anak seberang perai... ekeke.. tu yg susah skit tu... pikir punya pikir, aku decide gi Batu feringghi je la... x blh nak jln2 byk tpt... sbb jln mmg jam giler gara2 Cuti Raya Cina.... sampai ke destinasi pun dah agak lewat sbb jln jam... sempat mandi laut kejap... pastu terus bertolak pulang melalui ferry... ni pun as per request by abg ghani... sampai la hajat abg ghani nak naik ferry w/pun hajat nak mkn pasembor x kesampaian... hikhik... (byk jg pak ghani snap gambo atas feri... buat kenang2an kot...) frist time abg ghani naik feri...hehe

Turun je ferry, kami bergegas ke terminal bas utk membeli buah jeruk... mcm2 jeruk yg abg ghani beli... x ketinggalan kuah rojak Mak Bee... ekeke... selesai membeli belah, terus ke Sg Dua melalui lebuhraya Lingkaran Luar... seperti yg dijanji, nak jumpa Tuan D-Zack sekuarga... perut masing2 dah kelaparan... apa lg?... pekena mee udang dgn char kuey teow la... tp bukan tpt selalu mkn... char kuey teow dah hbs... terpaksa ke kedai lain.. tp x jauh la... dekat2 situ je... janji blh mkn...ekeke....

Kenyangla perut dek xtvt jln2 cari mkn... selesai saja mkn, terus bertolak balik ke teratak uasangku di Kg Lahar Kepar... first time abg ghani sekuarga sampai di situ... bilik yg disediakan x la sehebat hotel 5 bintang... hikhik... cukupla sekadar blh baring dan melelapkan mata...ngeh ngeh.... (lain kali blh singgah lg ye... jimat belanja tau...)
Sekian dolu kisahku dan xtvt aku bersama kuarga abg ghani... klu nak citer detail, mmg x terbaca... ado pinau mata dok renung skrin nih... hehe...
ok lah... aku stop dulu...
Sekian,
It's My Life...


Thursday, February 11, 2010

Kasih seorang kakak...




Salam...


Kasih seorang kakak... kakaknya bernama Hanis Awfa dan adiknya bernama Huda Lutfya... ikuti kisah di bawah ni...

(sedang aku mengambil wudhuk dibilik air) Hanis bertanya...

Hanis : Huda iya (Huda Lutfya) mana? Huda iya mana?
Aku : x tahu...
Hanis : huda iya mana? Umah cik wan?
Aku : Ha ah.. umah cik wan..

Dgn muka blur dia terus berlari ke bilik belakang utk mencari adiknya...

Hanis : huda iya x dak... huda iya mana? ( sambil mencari adiknye di dalam buai)

Aku masuk di dlm bilik utk tunaikan solat Asar... Si kakak pun mengikutku ke bilik spt biasa...sambil berkata Huda x dak...

Bila toleh ke katil, dia ternampak adiknye sedang nyenyak tido dibuai mimpi...

Hanis : Eh! huda iya... hahaha... huda iya... ( sukanye kakak bila adik yg dicari sudah ditemui)




Aku hanya tersenyum melihat gelagatnye...

Aku : jgn kacau adik, adik tido... mama nak sbyg..
Hanis : duduk sini ye...
Aku : ha ah.. (sambil menganggukkan kepala)

Itulah kisahku dan anak2ku... betapa kasihnya kakak kepada adiknye...mudah2an kasih sayang ini berkekalan ke akhir hayat...



Sekian,

It's My Life...

Monday, February 8, 2010

Ajaibnya doa...

Salam....

Ari ni aku nak kongsi tentang fungsi doa. Aku tahu ramai wanita2, isteri2, ibu2 diluar sana sering menghadapi pelbagai masalah. Apatah lagi masalah berkaitan rumahtangga, anak2 yang semakin meruncing di abad ini.Semua masalah ini akan mencetus kepada kekacauan di dalam jiwa. Hati ynag gagal menyerap tekanan di sekelilingnya menjadikan jiwanya lemah dan bermasalah. Sekalipun tidak dapat dilihat, hati yang rosak akan mengheret tuannya ke arah kebinasaan. Apabila ini berlaku, perasaan mula tertekan, emosi semakin tidak terkawal, nafsu amarah membakar diri, prestasi kerja atau pelajaran semakin merosot dan kesihatan tubuh pasti terjejas.

Menyedari kepentingan memlihara hati, yang merupakan mahkota tubuh, doa ini dianjurkan Rasulullh s.a.w. untuk dibaca ketika merasa resah, gelisah atau ketika dalam keadaan dukacita dan kecewa yang melampau. Ibu2, isteri2 dan wanita2 boleh mengamalkan doa ini bagi mengubat jiwa yang tidak tenteram.

Marilah sama2 kita berdoa... mudah2an Allah makbulkan doa kita...


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari (tidak dimakbulkan), jiwa yang tidak pernah berasa puas dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keempat hal tersebut."


Doa ni hanya dalam terjemahan. Lebih baik di baca dalam ayal al-Quran. Banyak lagi doa yang perlu diamalkan. Untuk mendapat doa2 terpilih untuk tarbiah diri dan anak, dapatkan buku Tarbiah Anak-anak Dengan Zikir dan Doa, karangan Ust Zahazan Mohamed. Sila klik sini






Sekian,jumpa lagi..

Its My Life..

Monday, February 1, 2010

Pabila Bayi Berbicara....

Salam....






Malaikatmu.. ...


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....


Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."


Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""
Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"


"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-
dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikanlah, walau satu ayat"


Sekian,

It's My Life