Monday, February 8, 2010

Ajaibnya doa...

Salam....

Ari ni aku nak kongsi tentang fungsi doa. Aku tahu ramai wanita2, isteri2, ibu2 diluar sana sering menghadapi pelbagai masalah. Apatah lagi masalah berkaitan rumahtangga, anak2 yang semakin meruncing di abad ini.Semua masalah ini akan mencetus kepada kekacauan di dalam jiwa. Hati ynag gagal menyerap tekanan di sekelilingnya menjadikan jiwanya lemah dan bermasalah. Sekalipun tidak dapat dilihat, hati yang rosak akan mengheret tuannya ke arah kebinasaan. Apabila ini berlaku, perasaan mula tertekan, emosi semakin tidak terkawal, nafsu amarah membakar diri, prestasi kerja atau pelajaran semakin merosot dan kesihatan tubuh pasti terjejas.

Menyedari kepentingan memlihara hati, yang merupakan mahkota tubuh, doa ini dianjurkan Rasulullh s.a.w. untuk dibaca ketika merasa resah, gelisah atau ketika dalam keadaan dukacita dan kecewa yang melampau. Ibu2, isteri2 dan wanita2 boleh mengamalkan doa ini bagi mengubat jiwa yang tidak tenteram.

Marilah sama2 kita berdoa... mudah2an Allah makbulkan doa kita...


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari (tidak dimakbulkan), jiwa yang tidak pernah berasa puas dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keempat hal tersebut."


Doa ni hanya dalam terjemahan. Lebih baik di baca dalam ayal al-Quran. Banyak lagi doa yang perlu diamalkan. Untuk mendapat doa2 terpilih untuk tarbiah diri dan anak, dapatkan buku Tarbiah Anak-anak Dengan Zikir dan Doa, karangan Ust Zahazan Mohamed. Sila klik sini






Sekian,jumpa lagi..

Its My Life..

No comments:

Post a Comment