Monday, February 8, 2010

Ajaibnya doa...

Salam....

Ari ni aku nak kongsi tentang fungsi doa. Aku tahu ramai wanita2, isteri2, ibu2 diluar sana sering menghadapi pelbagai masalah. Apatah lagi masalah berkaitan rumahtangga, anak2 yang semakin meruncing di abad ini.Semua masalah ini akan mencetus kepada kekacauan di dalam jiwa. Hati ynag gagal menyerap tekanan di sekelilingnya menjadikan jiwanya lemah dan bermasalah. Sekalipun tidak dapat dilihat, hati yang rosak akan mengheret tuannya ke arah kebinasaan. Apabila ini berlaku, perasaan mula tertekan, emosi semakin tidak terkawal, nafsu amarah membakar diri, prestasi kerja atau pelajaran semakin merosot dan kesihatan tubuh pasti terjejas.

Menyedari kepentingan memlihara hati, yang merupakan mahkota tubuh, doa ini dianjurkan Rasulullh s.a.w. untuk dibaca ketika merasa resah, gelisah atau ketika dalam keadaan dukacita dan kecewa yang melampau. Ibu2, isteri2 dan wanita2 boleh mengamalkan doa ini bagi mengubat jiwa yang tidak tenteram.

Marilah sama2 kita berdoa... mudah2an Allah makbulkan doa kita...


"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon perlindungan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, doa yang tidak didengari (tidak dimakbulkan), jiwa yang tidak pernah berasa puas dan daripada ilmu yang tidak bermanfaat. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keempat hal tersebut."


Doa ni hanya dalam terjemahan. Lebih baik di baca dalam ayal al-Quran. Banyak lagi doa yang perlu diamalkan. Untuk mendapat doa2 terpilih untuk tarbiah diri dan anak, dapatkan buku Tarbiah Anak-anak Dengan Zikir dan Doa, karangan Ust Zahazan Mohamed. Sila klik sini






Sekian,jumpa lagi..

Its My Life..

Monday, February 1, 2010

Pabila Bayi Berbicara....

Salam....






Malaikatmu.. ...


Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....


Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."


Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"


"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."


"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""
Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"


"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"


"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "


Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...


Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-
dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikanlah, walau satu ayat"


Sekian,

It's My Life

Friday, January 29, 2010

Salam Takziah...

Salam.....





Dah lama aku menyepi...bukan apa, x de idea nak merepek kat sini... tambah plak dek hati yg x keruan, jiwa yg agak kacau... so, amik masa nak tenang2kan fikiran... merawat jiwa ku agar kembali tenang dan ceria spt sediakala...

Alhamdulillah, kini hatiku dah tenang skit... blh la dok bebel kat sini.. actually aku plan nak blk kg Pengerang hari ni...dlm masa yg sama ingat nak jg singgah Desaru... sbb hakim selalu ckp nak gi mandi laut... pg td terima call dr FIL ckp Wak Atan kat kg dah meninggal... mcm mana pun mmg kena blk jg la... plan ke Desaru x tahu la mcm mana... jd ke x... bergantung pd driver... sanak sedara dah ramai kat kg... aku akan bertolak lepas solat Jumaat... mgkin sampai kg dah lewat ptg... x pun mlm...

Al-Fatihah utk Wak Atan...mudah2an rohnya diucuri rahmat serta ditempatkan bersama org2 yg beriman... Aminn...

Sekian...

Its My Life..

Sunday, January 10, 2010

Salam....





N3 kali ni nak citer pasal lagu kegemaran anak daraku si Hanis nih... lagu ni mmg menjadi siulannye setiap ari... bgn dr tido asyik suruh aku buka lagu ni utk dia... dah blh sebut bbrp baris... tp masih pelat la... but still aku faham... ari2 aku akan dgr dia ckp " mama nak lagu awah(lagu Allah)"... hehe...inilah lirik lagu itu... layan jgn x layan... byk jg pengajaran yg blh diambil...

Allah Yang Kucintai
oleh: Sakha
Allah yang kucintai
Allah yang kusayangi
Allah selalu kupuja selalu kupuji dan kutaati

Allah bukan manusia
Allah bukannya hewan
Allah bukannya patung
Bukannya gunung bukannya bulan

reff:
Allah,Allah 2x
Tiada Tuhan selain Allah
Muhammad utusan Allah
Kita semua ciptaan Allah

Allah, Tuhan yang Esa
Tiada Tuhan selain Dia
Pencipta alam semesta
beserta seluruh isinya

Muhammad utusan Tuhan
Membawa kitab Al-Qur'an
Wajib kita amalkan
Itulah jalan keselamatan


It's my life... sekian..

Saturday, December 26, 2009

Hari Asyura...

Salam.....





Sempena kehadiran 10 Muharram, saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang perkara2 yg patut kita amalkan pada hari tersebut... mudah2an amalan kita diterima olehNYa...


14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura (10 Muharram, bersamaan Ahad, 27 DEC 2009 )

1. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.

4. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.

6. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari
kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'

9. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.

12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .

13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Friday, December 18, 2009

Pesta Pulau Pinang 2009....

Salam...

Tanggal 12/12/2009, hubbyku dtg menjemput aku dan anak2 utk pulang ke Pontian... hubby dtg naik flight... sampai airpot penang jam 3.50 ptg... thanks to abg kimin sbb tlg anta hubby ke Senai Airport... hanya Allah yg blh balas jasamu itew...aku sampai kat airpot kol 3.40 ptg... sempat la dok tgu hubby turun flight... hakim paling suka bila blh jejak kaki ke airpot... kononnya nak naik flight.. sabo je la.. tgu punya tgu, kol 4.10 br hubby kuar... hakim yg gi sambut depan muka pintu tuh... suke x terhingga dpt jumpa abah dia... mcm lama sgt x jumpa... br 3 minggu je... klu 3 bln, x tahu la...

Lepas kuar dr airpot, kami terus ke tapak pesta pulau pinang... ingatkan blh masuk, tp guard yg jg parking tu ckp pesta buka kol 6 ptg... kami pun decide x pyh tgu la.. lmbt lg... ada sejam lg... pastu kami terus ke masjid usm utk tunaikan solat Asar... pastu gi minum ptg kat Pelita Nasi Kandar... lepas tu br kami bertolak ke tapak Pesta Pulau Pinang... kebetulan hubby blk naik flight, dptla gi jln2 kat pesta ni... klu x, jgn hrpla nak gi... nak pegi satu hal, pastu dgn bdk2 yg meragam nih, mmg x kuasa nak layan... last aku gi pesta ni masa umur hakim setahun... lama dah la x pegi... tp kami jln2 kat pesta ni kejap jer... dlm kol 8.30mlm dah kuar... terus balik mkn kat Mee Udang Sg Dua... pastu terus balik ke umah... sampai dlm kol 10.30mlm..

ni la gambar kat pesta Pulau Pinang... layan jer la...




Hubby, huda, hanis and my mum....




Hanis dan mak teh...selamat tinggal Pesta Pulau Pinang... x tau bila plak blh mai...hehe...


Kezutan dr Hubby...

lg satu kisah aku nak tumpang kat sini... aku bertolak balik ke Pontian pada 13/12/2009 jam 10.30 mlm... sblm bertolak sempat lg pegi mkn2 kat Sg Dua... ada bapa sedara nak belanja mkn... lebih kurang family gathering jg la... semua bapa sedara dan mak sedara belah mak aku ada, kecuali yg dok kat kl dgn yg br besalin tu... termasukla mak tok dan sepupu2 aku... ramai la.. x muat meja... dok sempit2 jer... tp kira enjoy jg la sbb dpt mkn free... hehehe...hubby aku support aiskrim as a dessert... ingatkan budak2 jer yg mkn, mak budak pun belasah jgk... sabo jer la..

Lps mkn2, terus blk umah.. kemas2 apa yg patut... pastu terus bertolak ke Pontian.. sampai dlm kol 5.30pg... penatnye makcik ni aih... brp jam dok dlm keter tuh... lenguh pingang2...sabo je la... buka jer pintu umah, ada something new in my house... jeng jeng jeng... surprise!!... ekeke...hubby pasang aircond kat ruang tamu... pastu aku tgk ada lg satu dlm master bedroom... alhmadulillah tertunai jg hasrat di hati... w/pun time aku minta tu x dpt... skrg semuanya dah dpt... thanks ye hubby... mudah2an lps ni murah rezki lg la ye... Aminnn...

Tuesday, December 15, 2009

1001 cerita...

Salam...

Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam di luar sana... jam di skrin menunjukkan tepat 10.40 mlm... alhamdulillah anak2 semua dah tido... sempat la aku memerah otak yg ketandusan idea sejak sekian lama... hrp2 diberi petunjuk dah hidayah dr Ilahi...

Lama betul aku bercuti... hampir 3 minggu kat kg... lepaskan rindu aku kat org2 kg... kebetulan dah lama x blk kg... bila dah ada peluang, mmg x lepaskan peluang... belasah cuti habis2an... syukur kepada Ilahi, kerana beri aku kelapangan dah kesihatan yg sempurna...

Demam Campak

Kisah demam campak aku sekuarga... bermula dengan hakim, pastu Huda dan Hubby, pastu aku plak yg kena... yg bernasib baik cuma hanis sorg jer... mmg penat jg la dok jg org sakit ni... tp nasib baik diorg kena skit je... yg teruknya aku la... penuh satu badan... makan masa jg nak sembuh... lebih kurang 2 minggu la... skrg ni parut masih kelihatan di mukaku... tp aku x kisah sgt... janji sihat dah ler... bab2 parut ni blh dihilangkan... cuma masa yg meentukan... hehe... janji org masih kenai aku lg... x de byk yg berubah... parut skit2 jer... manja2 gitu.. haha...

yg seronoknya bila sakit, hubby mula belajar msk... tu yg aku dok tgu2 tu... ada jg rasa simpati kat wife dia... masa tu tapak tgn aku penuh dgn cmpak... x blh nak pgg apa2 benda... sakit sgt... apa lg?... nak x nak, hubby kena masuk dapur la... dan aku terpaksala mkn apa yg dimasak oleh hubby... tp tekak aku blh jer... cuma tekak dia yg x thn... jemu ari2 asyik mkn sup dgn bakar je... 2 ari jer berthn.. pastu dia dah rembat nasi beriani... sabo jer la...

Balik kampung

Aku bertolak balik ke kg halaman pd 25 November jam 11.00mlm... w/pun campakku belum kecut, aku tetap bertekad utk pulang ke kg halaman... janji x demam... kuat skit nak jln jauh2... aku sampai umah aku jam 5.30 pg... mcm biasa lps sbyg subuh, terus tido sampai siang ari...

tujuan balik kg adalah sempena menyambut Hari Raya Aidiladha dan melaksanakan majlis perkahwinan adik aku... mmg penan skit la... kenduri kahwin tu ari raya kedua... masa raya pertama tu da sibuk dok rebus telur... ramaila sedara mara dan jiran tetangga yg dtg menolong... umahku riuh rendah dgn kanak2 serta anak2 sedara... klu yg x suka suasana yg bising, mmg x blh dok la umah aku tu... x tahu bila yg diamnye... asyik dgr bdk melalak... tu la sekali sekala bila jumpa semua adik beradik.. masing2 anak dah ramai.. kebetulan semuanya hampir sebaya... ada je benda yg nak direbut... tu yg blh jd bising tuh... kena sbr byk2 la... mudah2an bila besar nanti anak2 ni la akan membantu kita kelak...

Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan adik aku berlangsung pada 28 November 2009... majlis berjalan dengan lancar... alhamdulillah, cuaca pun baik pd ari tu... panas sampai ke petang... x de hujan2... kali ni kenduri mak aku tempah katering jer... x de org kg dtg msk2... lg pun mmg x de org nak wat keje... tp ok jg la katering tu... makanan dia mmg sedap la... aku bg 5 bintang, mmg marveles... dia msk mmg sodap... cukup rasa.. mmg puas hati...

dan yg paling seronok ada org support aiskrim 3 tong... jgn salah faham... ni aiskrim buatan sendiri... bukan yg branded tuh... satu tong satu perisa... jd semua ada 3 perisa, jagung, coklat dan satu lg lupa plak... hikhik... maklum dah tua..tima kasih byk2 tu Mr Zuraidi and his wife... thn depan blh support lg...hehe... tua dan muda x lepaskan peluang menikmati aiskrim tu... my hubby la yg paling sibuk dok jual aiskrim pd ari kenduri tu... lenguh jg tgn dok cedok asikrim...

keesokkan arinya, hubbyku pulang ke Pontian... kebetulan coti dah hbs... kena masuk keje... tinggalla aku dan anak2 di kg... mmg enjoy la aku di kg... blh mkn apa yg aku nak mkn... dah lama aku x blk kg... mula la aku atur satu persatu... cucur udang, pasembor, mee udang, ikan bakar, nasi bersila, bihun sup... byk lg aih... x larat nak taip... klu sesapa yg teringin blh la pi jln2 kat pulau pinang... bukan pulau tau, cuma sebarng perai je... hehe...

aku sempat jg makan gedong cak... tpt lain mmg x de la... cuma di utara je... susah jg nak dpt kuih ni... aku dpt pun sepupu aku yg bg... mmg rezki aku la... klu nak citer bab mkn ni mmg x hbs la... aku stop dulu la... jam dah 11.26pm... mata dah nagntuk la... harap2 n3 ni dptla mengubat rindu sesapa yg dok usha blog ni... sekian...jumpa lg....